Digital Special Collection Portal

Nilai Pendidikan Menerusi Karya Tangon-Tangon Masyarakat Kadazandusun: Satu Tinjauan Pengkaedahan Melayu


Citation

Lovelin Fo (2024) Nilai Pendidikan Menerusi Karya Tangon-Tangon Masyarakat Kadazandusun: Satu Tinjauan Pengkaedahan Melayu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Pendidikan merupakan sebuah nilai yang akan membentuk keperibadian masyarakat kearah yang lebih baik menerusi cerita rakyat yang diceritakan oleh para penglipur lara pada zaman dahulu. Cerita rakyat merupakan sebuah tutur kata yang disampaikan secara lisan dari zaman dahulu sehingga pada hari ini. Penyelidikan ini dijalankan bagi tujuan untuk mengemukakan jenis-jenis cerita rakyat dalam tangon- tangon Kadazandusun dan membincangkan nilai – nilai pendidikan yang terdapat dalam cerita rakyat Kadazandusun berdasarkan Teori Pengkaedahan Melayu. Metodologi yang digunakan menerusi kajian ini adalah reka bentuk kualitatif seperti kaedah sumber Internet, kaedah kepustakaan kaedah dan analisis tekstual. Rentetan itu, analisis kajian ini diterapkan dalam pendekatan moral menerusi Teori Pengkaedahan Melayu. Pendekatan Moral merupakan satu kejadian atau objek sama seperti pendekatan gunaan namun kejadian ini berlandaskan moral yang tidak lagi sesuai dengan pengalaman seseorang. Nilai pendidikan yang terdapat dalam cerita rakyat yang dikaji oleh pengkaji adalah nilai kerajinan, keberanian, rasional, kerjasama dan juga hemah yang membentuk setiap perwatakan dalam cerita rakyat turut menjadi teladan kepada masyarakat serta mengangkat sastera lisan dalam perkembangan kesusasteraan kontemporari di Malaysia. Diharapkan kajian ini mampu memberi perubahan kepada pihak tertentu seperti masyarakat Kadazandusun serta individu berkaitan kepentingan teks kesusasteraan dalam menyampaikan nilai pendidikan kepada masyarakat seterusnya menyumbang kepada keharmonian kehidupan masyarakat di Malaysia.
Kata kunci: Nilai Pendidikan, Tangon-tangon, Kadazandusun, Teori Pengkaedahan Melayu, Pendekatan Moral.

Download File / URL

[thumbnail of LOVELIN FO_C20A1024_PROJEK PENYELIDIKAN_2024.pdf] Text
LOVELIN FO_C20A1024_PROJEK PENYELIDIKAN_2024.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 133
Supervisor: Ts. Dr Mohd Saipuddin Suliman
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14414
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2