Digital Special Collection Portal

Kepentingan Kajian Sastera Kepada Masyarakat Dan Dunia Pendidikan: Satu Penelitian Systematic Literature Review (SLR)


Citation

Jasmeen Nurul Iman Johan (2024) Kepentingan Kajian Sastera Kepada Masyarakat Dan Dunia Pendidikan: Satu Penelitian Systematic Literature Review (SLR). Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kesusasteraan merupakan satu seni yang telah diciptakan melalui bahasa. Kesemua karya sastera yang telah dihasilkan mempunyai banyak kepentingannya kepada masyarakat. Oleh itu, kajian mengenai sastera ini sudah lagi tidak asing kepada para pengkaji di luar sana. Terdapat pelbagai kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji berkaitan sastera dengan masyarakat dan dunia pendidikan. Dalam pada itu, kajian ini bertujuan untuk mengorganisasikan kajian lepas berkenaan lapangan sastera dan masyarakat serta mengenal pasti kepentingan kajian lepas sastera terhadap masyarakat dan dunia pendidikan. Kaedah yang digunakan semasa menjalankan kajian ini adalah menggunakan kaedah Systematic Literature Review (SLR) model Preferred Reporting Items for Systematic Review and Meta-Analyses (PRISMA). Model PRISMA yang digunakan adalah sebagai panduan kepada pengkaji dalam menganalisis kajian-kajian lepas yang telah dikumpulkan dengan lebih terperinci. Sebanyak 59 kajian yang telah dikumpulkan melalui dua pangkalan data iaitu Google Scholar dan Research Gate. Setelah melakukan saringan ke atas 59 kajian yang dikumpulkan, maka hasil akhir sebanyak 27 kajian sahaja yang didapati menyumbang data yang lebih banyak. Hasil dapatan daripada kajian ini memperlihatkan bahawa kajian-kajian sastera memberikan kepentingan kepada masyarakat dan dunia pendidikan iaitu dari segi pembentukan jati diri, semangat patriotik dan melahirkan lebih ramai pengkritik dan tokoh sastera. Kepentingan kepada dunia pendidikan pula adalah dapat melahirkan generasi intelektual, pembentukan kualiti peribadi seseorang dan penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Pengkaji mengharapkan kajian ini dapat memberikan manfaat dan sumbangan kepada masyarakat dan dunia pendidikan dalam memastikan sastera ini kekal relevan. Akhir sekali, kajian ini dapat diteruskan dengan mengkaji aspek lain dengan penggunaan kaedah yang sama atau berlainan.

Kata Kunci: Kajian lepas sastera, Systematic Literature Review, kepentingan kajian lepas,
masyarakat, dunia pendidikan.

Download File / URL

[thumbnail of JASMEEN NURUL IMAN C20A1010.pdf] Text
JASMEEN NURUL IMAN C20A1010.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 103
Supervisor: Ts. Dr Mohd Saipuddin Suliman
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14410
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2