Digital Special Collection Portal

Pemupukan Rasa Kekitaan Melalui Lagu Rakyat Kanak-Kanak Animasi: Tinjauan Pelajar Elektif Kesusasteraan Warisan Universiti Malaysia Kelantan Melalui Teori Model Rasa Insaniah


Citation

Siti Nadia Balqis Arifin (2024) Pemupukan Rasa Kekitaan Melalui Lagu Rakyat Kanak-Kanak Animasi: Tinjauan Pelajar Elektif Kesusasteraan Warisan Universiti Malaysia Kelantan Melalui Teori Model Rasa Insaniah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dijalankan yang bertujuan untuk menganalisis tentang keberkesanan rasa kekitaan lagu-lagu rakyat animasi kepada generasi Z iaitu pelajar Elektif Kesusasteraan Warisan di Universiti Malaysia Kelantan. Pengkaji memilih untuk melakukan kajian ini kerana banyak kajian yang dilakukan tidak banyak memfokuskan tentang rasa kekitaan yang terdapat di dalam lirik lagu rakyat terutamanya lagu rakyat kanak-kanak. Lagu rakyat kanak-kanak animasi juga ini membolehkan perasaan mengimbau kembali kepada zaman kanak-kanak namun generasi Z sekarang tidak sedar akan perasaan tersebut. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dengan lebih terperinci berkenaan dengan lagu rakyat kanak-kanak yang terpilih iaitu sebanyak 10 buah lagu dan sekaligus menganalisis pemupukan rasa kekitaan menggunakan konsep Malaysia Madani dan mengaitkan dengan teori Model Rasa Insaniah oleh Shamsuddin Othman. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data secara kualitatif dan kuantitatif yang menerusi kaedah kepustakaan, analisis dokumen, analisis teks dan juga soal selidik. Bagi menyempurnakan kajian ini, pengkaji menjalankan kaedah soal selidik untuk mengkaji sejauhmanakah pemupukan rasa kekitaan lagu rakyat kanak-kanak animasi kepada 70 orang responden. Menerusi soal selidik tersebut, di akhir kajian ini pengkaji mendapati bahawa reponden yang menjawab soal selidik ini mempunyai pengetahuan tentang rasa kekitaan di dalam lagu rakyat kanak-kanak animasi. Justeru itu, pengkaji berharap kajian ini membolehkan masyarakat menyedari bahawa lagu-lagu rakyat kanak-kanak animasi ini mempunyai nilai yang tinggi yang mempunyai banyak nasihat dan sebagainya.
Kata Kunci: Rasa Kekitaan, Lagu Rakyat Kanak-Kanak, Animasi, Generasi Z, Teori Model Rasa Insaniah

Download File / URL

[thumbnail of FULL THESIS SITI NADIA BALQIS BINTI ARIFIN C20A1437.pdf] Text
FULL THESIS SITI NADIA BALQIS BINTI ARIFIN C20A1437.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 154
Supervisor: Dr. Nordiana binti Ab Jabar
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14407
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2