Digital Special Collection Portal

Unsur-Unsur Kepimpinan Berdasarkan “Tajus Salatin” Dalam Filem Sultan Muhammad Al-Fatih: Analisis Berdasarkan Teori Humanistik


Citation

Abdull Aqil Wahiduddin Abdull Latib (2024) Unsur-Unsur Kepimpinan Berdasarkan “Tajus Salatin” Dalam Filem Sultan Muhammad Al-Fatih: Analisis Berdasarkan Teori Humanistik. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini melihat kepimpinan yang perlu ada pada seorang pemimpin dalam menjalankan tanggungjawab menguruskan hal ehwal negara dan kebajikan rakyat. Kajian ini ingin melihat kriteria-kriteria yang perlu ada pada seorang pemimpin dalam menguruskan negara melalui pelbagai aspek. Sedia maklum, semua orang boleh menjadi pemimpin, tetapi adakah seseorang itu mempunyai kriteria-kriteria yang sesuai sebagai seorang pemimpin. Justeru, kajian ini bertujuan melihat unsur-unsur kepimpinan yang terdapat dalam filem Sultan Muhammad Al-Fatih berdasarkan kitab Tajus Salatin oleh Bukhari Al-Jauhari. Kajian ini juga berlandaskan kepada tiga objektif yang ingin dicapai iaitu mengenalpasti unsur-unsur kepimpinan yang ditonjolkan dalam filem Sultan Muhammad Al-Fatih berdasarkan kitab Tajus Salatin oleh Bukhari Al-Jauhari, menganalisis unsur-unsur kepemimpinan yang ditonjolkan dalam filem Sultan Muhammad Al-Fatih berdasarkan teori Humanistik dan menilai ciri kepimpinan yang terdapat dalam filem Sultan Muhammad Al-Fatih diaplikasikan dalam konteks kepimpinan masa kini. Kajian ini menggunakan kaedah struktural, pemerhatian dan teoritikal bagi mendapatkan penelitian melalui pembacaan kitab Tajus Salatin oleh Bukhari Al-Jauhari dan melalui tontonan filem Sultan Muhammad Al-Fatih.

Download File / URL

[thumbnail of FULL PP ABDULL AQIL WAHIDUDDIN C20A0893.pdf] Text
FULL PP ABDULL AQIL WAHIDUDDIN C20A0893.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Subject Heading: Teori Humanistik
Subject Heading: Sultan Muhammad Al-Fatih
Number of Pages: 126
Supervisor: Dr. Afidatul Syazwani Afandi
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14403
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2