Kajian ini membincangkan tentang nilai-nilai moral yang terkandung di dalam kehidupan masyarakat. Menerusi kajian ini, pengkaji telah memilih drama Quran Buruk sebagai sumber rujukan untuk memperolehi pengisian contoh di dalamnya yang berteraskan konsep teori Taabudiyah yang mempunyai pendekatan pengisian kajian dan juga latar belakang pengarang. Drama yang dipilih oleh pengkaji mempunyai kaitan dengan permasalahan yang disenaraikan di dalam kajian ini iaitu isu berkaitan dengan moral remaja. Menurut pandangan Abu Hassan, Ummi Hani (2011) Drama dakwah di Malaysia : kajian tentang proses penulisan skrip, telah menyatakan bahawa konsep dakwah di dalam sesebuah drama telah menjadikan seorang penulis atau pengkarya itu sebagai seorang individu yang bergelar hamba dan juga dikenali sebagai khalifah di dalam muka bumi Allah ini. Oleh itu jelas dapat dilihat bahawa medium seperti penulisan ini juga dapat menjadi medium dakwah kepada masyarakat untuk lebih dekat kepadaNya dalam meningkatkan lagi amal kebaikan.