Pendidikan merangkumi kepada aspek pemikiran yang tertumpu kepada pembangunankognitif seseorang individu. Perkara ini sememangnya bertautan dengan nilai Jasmani,Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) yang telah diperkenalkan oleh Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK) yang memberikan tumpuan terhadap aspek keseimbangan diri melaluipendidikan termasuklah melalui Komponen Sastera (KOMSAS). Dengan demikian,kajian ini dijalankan adalah bertujuan dalam mengenal pasti unsur pendidikan yang terdapat dalam KOMSAS melalui konsep JERI dan menganalisis penerapan nilai JERI dalam novel KOMSAS terpilih menggunakan teori Pengkaedahan Melayu. Kajian ini
berbentuk kualitatif yang merangkumi kepada kaedah analisis tekstual yang menekankan kepada analisis terperinci terhadap novel KOMSAS terpilih melalui pengaplikasian teori Pengkaedahan Melayu dalam konteks pendekatan moral. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penerapan nilai JERI yang terdapat dalam kebanyakan
novel KOMSAS terpilih sememangnya mempamerkan elemen pendidikan yang menekankan terhadap perkembangan individu. Konsep nilai JERI dan KOMSAS sememangnya mampu dalam melestarikan elemen pendidikan yang lebih ilmiah.