Digital Special Collection Portal

Wau Kreatif


Citation

Sudirman Kiffli and Daeng Haliza Daeng Jamal (2024) Wau Kreatif. In: Bengkel Wau Kreatif, 31 Januari 2024, American Corner Kelantan, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, Universiti Malaysia Kelantan, Bachok.

Abstract

Wau merupakan salah satu permainan tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu Kelantan, selain permainan Gasing, Congkak, Guli, Batu Seremban dan Dam Haji. Permainan wau lebih tertumpu di dalam kehidupan masyarakat desa yang selalunya dimainkan di kawasan-kawasan pertanian, terutamanya kawasan tanaman padi dan sekitar pesisir pantai. Hal ini demikian kerana permainan wau dikaitkan dengan kepercayaan orang-orang dahulu kepada semangat padi. Bagi orang-orang Melayu dahulu, selepas menuai padi, wau akan dimainkan untuk memberi hiburan kepada dewa atau semangat padi. Jika sekiranya tidak dilakukan pemujaan atau upacara Kerja Padang, mereka percaya bahawa mereka ditimpa malapetaka atau sesuatu perkara yang tidak baik ke atas kehidupan mereka. Menurut Fieda (2003), kepercayaan masyarakat Melayu sekitar kurun ke- 15 Masihi mempercayai permainan wau ada kaitannya dengan semangat angin dan langit. Hal ini selari dengan persekitaran hidup masyarakat Melayu yang rapat dengan alam semulajadi. Justeru, nama-nama wau juga diambil juga mempunyai unsur-unsur alam sekitar. Antaranya ialah Wau bulan, Wau Tukung, atau Wau Kekek, Wau Barat, Wau Kucing, Wau Merak, Wau Bayang, Wau Keluang, Wau Daun, Wau Ikan, Wau Puyuh dan Wau Burung. Kesemua jenis-jenis wau ini mempunyai identiti dan reka bentuk tersendiri.

Download File / URL

[thumbnail of LAPORAN DOKUMENTASI BENGKEL WAU KREATIF (1).pdf] Text
LAPORAN DOKUMENTASI BENGKEL WAU KREATIF (1).pdf

Download (328kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Other)
Collection Type: Kelantan
Date: 2024
Faculty/Centre/Office: The Office of Library and Knowledge Management
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14256
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2