Alat muzik tradisional “Gong” merupakan alat muzik tradisional bagi suku kaum etnik Kadazan, Dusun dan Rungus di Sabah. Di mana, kebanyakkan hasil pembuatan alat muzik gong ini terdapat di bahagian kawasan Utara Borneo Sabah seperti Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, dan Pitas. Keistimewaan alat muzik tradisional ini adalah sering dimainkan semasa mengiringi sebuah persembahan tarian tradisi di Sabah, contohnya Tarian Sumazau dan Tarian Rungus. Hal ini kerana, alat muzik tradisi gong merupakan alat muzik tradisional yang pertama dibuat dan dimainkan oleh penduduk tempatan di Sabah. Kajian ini membincangkan tentang sejarah alat muzik tradisional Gong, bagaimanakah proses pembuatan alat muzik tradisional Gong, dan mengetahui repotoire jenis-jenis lagu yang dimainkan dengan menggunakan alat muzik tradisional Gong dalam suku kaum etnik Rungus di Matunggong Kudat, Sabah?