Dalam tesis ini ada menceritakan tentang Persembahan Silat Gayong dalam masyarakat di Kedah. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti, menganalisis data dan menghuraikan berkaitan dengan silat gayong. Silat gayong ini adalah salah satu aktiviti silat mempertahankan diri yang perlu diketengahkan lagi kerana ianya sangat unik dan supaya silat gayong ini sendiri tidak pupus ditelan zaman. Data dalam kajian ini diperoleh melalui daripada hasil pembacaan yang berkaitan dengan silat gayong. Selain itu juga, data diperoleh berdasarkan kaedah data primer dan data sekunder. Data ini hadir dimana kaedah kualitatif iaitu temubual dan pemerhatian.