Boria merupakan satu kesenian yang dimainkan secara berkelompok. Ianya adalah sejenis seni persembahan yang dikatakan amat popular di utara Malaysia, terutamanya di negeri Pulau Pinang. Boria digunakan sebagai satu wadah bagi menaikkan semangat perjuangan masyarakat Melayu pada masa dahulu. Secara keseluruhannya, penyelidik akan mengkaji mengenai latar belakang dan sejarah Boria Omara di Pulai Pinang serta mengenalpasti aspek-aspek yang terdapat dalam seni persembahan boria di Pulau Pinang. Seterusnya pengkaji akan menganalisis nilai murni dalam lagu Boria Omara di Pulau Pinang kerana kajian mengenai tajuk atau topik ini sangat jarang diberikan perhatian. Maka, kajian ini dilakukan bagi mengkaji serta memahami dengan lebih jelas lagi persembahan Boria Omara di Pulau Pinang.