Digital Special Collection Portal

Kajian Teknik Pembuatan Alat Muzik Kulintangan di Kudat, Sabah


Citation

Nur Syanina Syazwani Roslee (2024) Kajian Teknik Pembuatan Alat Muzik Kulintangan di Kudat, Sabah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Pembuatan alat muzik kulintangan di Kudat, Sabah, Malaysia merupakan satu kemahiran tradisional yang diwarisi turun temurun oleh masyarakat Borneo di rantau ini. Kulintangan adalah simbol budaya yang berharga dan bahagian penting dalam identiti muzik etnik Sabah. Proses pembuatan melibatkan tahap kemahiran, kepakaran dan kepercayaan yang tinggi terhadap nilai-nilai tradisional yang wujud dalam pembuatan alat muzik ini. Kajian ini mendokumentasikan teknik dan proses pembuatan alat muzik tradisional kulintangan. Bermula daripada pemilihan bahan sehingga ke peringkat arca dan bentuk, setiap langkah dalam membuat kulintangan memerlukan ketepatan untuk mencapai kualiti bunyi yang optimum. Pilihan logam seperti gangsa atau tembaga dan bentuk serta saiz setiap gong kecil memainkan peranan penting dalam menghasilkan nada yang unik dan harmoni. Selain itu, kajian ini juga menceritakan tentang kewujudan kulintangan dan menjelaskan repertua-repertua yang akan dimainkan dengan alat muzik kulintangan.

Download File / URL

[thumbnail of Nur Syanina Syazwani Binti Roslee.pdf] Text
Nur Syanina Syazwani Binti Roslee.pdf

Download (18MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 74
Supervisor: Prof. Madya Khairil Anwar Dean bin Kamarudin
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14237
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2