Kajian mengenai alat muzik tradisional gendang kecapi di Kelantan ini merupakan sesuatu benda yang baharu. Hal ini dikatakan demikian kerana, kajian mengenai alat muzik tradisional Gendang Kecapi ini amat kurang dikaji menyebabkan seni ini berada pada tahap yang berbahaya dan di ambang kepupusan. Dengan adanya kajian ini, diharapkan agar masyarakat dapat menyedari perkara ini dan cuba menaikkan kembali alat muzik tradisional Gendang Kecapi supaya tidak ditelan zaman. Kajian ini menerangkan tentang sejarah dan asal-usul alat muzik tradisional Gendang Kecapi di Kelantan. Hal ini penting untuk diketahui kerana ingin memperlihatkan kepada generasi akan datang bahawa ia merupakan warisan turun-temurun sejak dari nenek moyang kita. Seterusnya kajian ini menjelaskan mengenai cara membuat alat muzik tradisional Gendang Kecapi dengan cara dan teknik yang betul supaya nilai keaslian dapat dikekalkan dan dipelihara dengan baik.