Pengadaptasian teks sastera ke dalam bentuk layar perak seperti filem atau
drama siri merupakan sebuah medium yang terbaik dalam memudahkan masyarakat
memahami dengan lebih mendalam kandungan yang terdapat dalam karya teks sastera tersebut. Namun begitu, timbul beberapa permasalahan kajian yang membuatkan kajian ini dijalankan seperti konflik agama yang melanda masyarakat, konflik dalam ahli keluarga disebabkan keegoan diri dan kurangnya pengadpatasian karya sastera berkualiti ke bentuk layar perak. Oleh hal yang demikian, kajian ini memfokuskan kepada mengenal pasti konflik masyarakat yang ditampilkan dalam drama dan novel Ayahanda dan menganalisis konflik-konflik yang telah dikenal pasti tersebut berdasarkan Teori Konflik yang dikembangkan oleh Max Weber pada tahun 1905.