Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji eleman Adat Temenggung dalam novel Seseorang Untuk Aku mengaplikasikan teori Sosiologi dari Emeli Durkheim sebagai salah satu pendekatan dalam menyempurnakan kajian ini. Dalam memantapkan penelitian terhadap teks, pengkaji telah memfokuskan dua objektif utama iaitu Mengkaji keberkesanan Adat Temenggung dalam novel seseorang Untuk Aku Karya Rehan Makhtar dan juga menganalisis Teori Sosiologi yang menjadi pengukuhan kepada Adat Temenggung dalam novel Seseorang Untuk Aku. Bukan itu sahaja, antara kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah kaedah kualitatif bagi memperoleh maklumat melalui data sekunder. Di samping itu, reka bentuk yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah melalui kaedah kepustakaan dengan mendapatkan maklumat daripada bahan bercetak seperti buku dan jurnal. Selain itu, kajian juga menggunakan sumber-sumber daripada internet. Penganalisisan kajian adalah bersandarkan kepada teori sosiologi daripada Emeli Durkheim. Analisis teks dalam kajian ini, adalah untuk mengenal pasti eleman Adat Temanggung yang terdapat dalam novel Seseorang Untuk Aku. Dapatan daripada kajian ini memaparkan sistem kemasyarakatan yang membentuk adat dalam kalangan mereka yang mampu mengeratkan keharmonian dan kekeluargan sesama mereka. Pengkaji turut mengenal pasti sosiologi masyarakat setempat dalam novel Seseorang Untuk Aku berlandaskan pandangan Emeli Durkheim sebagai pelopor utama teori berkenan. Ia bagi membentuk keharmonian sejagat dalam kalangan Masyarakat.