Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi masyarakat terhadap bangunan kolonial di Bandar Taiping khususnya Muzium Perak sebagai kajian kes. Dalam era globalisasi dan
pemodenan sekarang, perhatian terhadap warisan budaya dan sejarah sering diabaikan oleh masyarakat. Namun begitu, memahami dan menghargai warisan sejarah adalah penting
dalam mengekalkan identiti dan budaya masyarakat. Bandar Taiping ialah sebuah bandar bersejarah yang kaya dengan warisan sejarah dan budaya. Muzium Perak, sebagai sebuah
bangunan kolonial yang terkenal di Bandar Taiping, mempunyai nilai sejarah yang penting. Namun begitu, perhatian dan minat masyarakat terhadap bangunan ini masih menjadi tanda tanya.