Projek penyelidikan ini dijalankan untuk memenuhi sukatan tahun akhir bagi pengajian kursus Pengajian Warisan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji “Kajian Pelestarian Khazanah Warisan Jambatan Guillemard Bagi Tujuan Pemeliharaan yang
Memberi Impak Kepada Masyarakat Setempat Di Tanah Merah,Kelantan”. Penyelidikan yang dijalankan adalah mengikut objektif kajian yang telah dikemukakan antaranya
mengenalpasti sejarah penubuhan dan susur galur masa Jambatan Guillemard, Tanah Merah Kelantan, mengkaji aspek pemeliharaan yang dibuat terhadap Jambatan Guillemard dan menganalisis impak pemeliharaan jambatan kepada masyarakat setempat.