Kajian ini merupakan satu kajian kes melibatkan “Rumah Tradisional Melayu Kelantan”. Rumah tradisional ini merupakan hasil seni bina yang dihasilkan oleh masyarakat melayu Kelantan pada satu ketika dahulu yang terdapat di kawasan perkampungan iaitu Kampung Laut 1, Tumpat Kelantan. Bangunan bersejarah seperti rumah tradisional ini adalah warisan budaya ketara yang perlu dipelihara kerana mempunyai nilai warisan bagi kepentingan sejarah. Nilai warisan juga merupakan salah satu tarikan pelancong yang dapat membantu
dalam perkembangan ekonomi tempat tersebut mahupun negara. Seni bina sesebuah bangunan seperti rumah juga merupakan nilai warisan yang memiliki ciri yang tersendiri dan
unik. Setiap binaan yang dihasilkan mempunyai Teknik pembinaan, falsafah dan seni halus yang berlainan. Kajian ini dijalankan untuk melihat adakah masyarakat kini masih
mengetahui tentang sejarah kewwujudan rumah tradisional melayu Kelantan ini di Kampung Laut 1