Digital Special Collection Portal

Pelestarian Rumah Tradisional Terengganu Di Warisan Pahlawan Resort, Kg Pauh


Citation

Fariza Nurfazreen Jaswari (2024) Pelestarian Rumah Tradisional Terengganu Di Warisan Pahlawan Resort, Kg Pauh. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Rumah Tradisional Melayu melambangkan kearifan tempatan dalam menghasilkan seni bina rumah tersebut yang mempunyai fungsi dan makna yang tertentu. Pembinaan rumah Melayu ini juga dapat dikaitkan dengan pengaruh masyarakat terdahulu dari segi perilaku, sosio-budaya, dan sebagainya. Bagi mengenalpasti bentuk rumah Melayu boleh dilihat dari bentuk atapnya. Di Terengganu, reka bentuk rumah Melayu mempunyai keunikannya yang boleh dilihat dari reka bentuk bumbungnya. Namun begitu, seni bina rumah Melayu sering dilupakan oleh masyarakat disebabkan dengan adanya reka bentuk moden dan ini menyebabkan khazanah warisan semakin dilupakan. Akibat daripada reka bentuk rumah Tradisional Melayu ini semakin dilupakan salah satu kajian telah dilakukan untuk melestarikan rumah Tradisional Melayu di negeri Terengganu. Bagi mengenalpasti rumah Tradisional Terengganu yang masih ada di Terengganu pengkaji telah memilih skop kajian di Warisan Pahlawan Resort di Kampung Pauh, Terengganu untuk mengetahui rumah Tradisional yang terdapat disana. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti keunikan rumah Tradisional disana dan mengetahui beberapa kaedah pelestarian yang dilakukan supaya rumah Tradisional Terengganu ini dapat dikekalkan. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan data bagi objektif kajian ini. Hasil daripada kajian ini, terdapat beberapa keunikan yang ada di Warisan Pahlawan Resort dari segi ukiran, motif, reka bentuk dan sebagainya. Terdapat juga usaha yang dilakukan oleh pengusaha resort untuk melestarikan rumah yang terdapat di Warisan Pahlawan Resort ini.

Download File / URL

[thumbnail of Fariza Nurfazreen Binti Jaswari.pdf] Text
Fariza Nurfazreen Binti Jaswari.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2024
Number of Pages: 87
Supervisor: Dr. Norazlinda Binti Mohamed Rosdi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14162
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2