Digital Special Collection Portal

Trend pakaian cara islam dalam kalangan pelajar perempuan Islam tingkatan enam di sekolah terpilih di Pasir Puteh, Kelantan


Citation

Masroha Sepian (2022) Trend pakaian cara islam dalam kalangan pelajar perempuan Islam tingkatan enam di sekolah terpilih di Pasir Puteh, Kelantan. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Pakaian menutup aurat dalam Islam sudah dijelaskan dalam al-Quran yang merupakan kewajipan terhadap Wanita Islam. Namun begitu, trend pakaian masa kini semakin kurang diperkasakan mengikut peraturan patuh syariah. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti trend pakaian remaja semasa tempoh dua tahun di tingkatan enam melalui trend pakaian, mengenal pasti faktor-faktor kepincangan trend pakaian wanita Islam dan merumus strategi untuk menangani kepincangan trend pakaian wanita Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan sokongan data kualitatif yang melibatkan seramai 220 orang sampel. Soalan kaji selidik dianalisis menggunakan data perisian SPSS. Data kualitatif melibatkan temu bual yang dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti. Hasil analisis menunjukkan trend pakaian ranggi dan ringkas menjadi pilihan utama trend masa sekarang. Manakala trend pakaian muslimah menjadi trend utama masa hadapan. Hal ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepincangan trend pakaian wanita Islam dengan faktor diri sendiri dengan nilai 0.657, faktor ibu bapa dengan nilai -0.041, faktor media massa dengan nilai -0.105, manakala faktor pengetahuan nilainya -0.304 dan terakhir faktor persekitaran dengan nilai -0.369. Dapatan kajian menghasilkan pembinaan strategi bagi memperkasakan trend pakaian patuh syariah. Hasil dapatan mendapati niat mempengaruhi cara berpakaian seseorang wanita. Implikasi terhadap trend pakaian iaitu niat ingin cantik dapat diimplemantasikan mengikut cara Islam. Impikasi ini menunjukkan trend pakaian patuh syariah menjadi simbol identiti keimanan wanita Islam. Dapat dirumuskan bahawa trend pakaian wanita dipengaruhi oleh faktor diri sendiri, pengaruh didikan ibu bapa, media massa dan faktor pendidikan. Secara keseluruhannya, kajian ini signifikan kepada masyarakat tentang kepentingan garis panduan menutup aurat dalam kalangan wanita beragama Islam.

Download File / URL

[thumbnail of MASROHA BINTI SEPIAN.pdf] Text
MASROHA BINTI SEPIAN.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2022
Subject Heading: Islamic clothing and dress - Women
Subject Heading: Fashion design - Case studies
Subject Heading: Students - Fashions
Number of Pages: 289
Call Number: BP190.5.H44 M37 2022 tes
Supervisor: Prof. Madya Dr. Nur Azuki Yusuff
Programme: Doctor of Philosophy
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13397
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2