Digital Special Collection Portal

Sajak Sebagai Medium Mendidik Masyarakat: Satu Penelitian Terhadap Puisi Terpilih Zurinah Hassan Berdasarkan Teori Pengkaedahan Melayu


Citation

Nur Hanis Athirah Rosazlan (2023) Sajak Sebagai Medium Mendidik Masyarakat: Satu Penelitian Terhadap Puisi Terpilih Zurinah Hassan Berdasarkan Teori Pengkaedahan Melayu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian terhadap genre sajak masih memerlukan penelitian yang mendalam dalam usaha memahami aspek intelektualisme dan ilmu seperti medium mendidik masyarakat melalui sajak kerana lazimnya masyarakat menganggap sajak ini hanya sebagai sesi meluahkan perasaan melalui penghasilan sebuah sajak. Sajak sebagai medium mendidik masyarakat ini jarang didedahkan secara ilmiah hingga menyebakan nilai serta mesej dalam sesebuah sajak ini terabai dan disia-siakan oleh khalayak pembaca. Tujuan kepengarangan sajak yang mempersembahkan tema, persoalan dan pengajaran menjadi tunjang utama untuk menyampaikan mesej dan pengajaran kepada masyarakat melalui pembinaan tema, persoalan serta pengajaran dalam sajak. Justeru itu, objektif kajian gunakan menerusi kajian ini ialah Mengenal pasti nilai-nilai yang terkandung dalam sajak-sajak terpilih Zurinah Hassan, menganalisis nilai-nilai yang terkandung dalam sajak terpilih Zurinah Hassan berdasarkan pendekatan moral dalam Teori Pengkaedahan Melayu dan membincangkan kepentingan genre sajak sebagai medium dalam mendidik asyarakat Melayu masa kini. Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif digunakan untuk menyempurnakan analisis kajian. Selain itu, kajian ini bersandarkan pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu melalui pendekatan moral bagi melihat sajak sebagai medium mendidik masyarakat. Kajian ini memilih teks Kumpulan Puisi Menunggu Pesawat, Kumpulan Sajak Pujangga Tidak Bernama dan Mutiara Sastera Melayu Moden. Menerusi kajian ini, penerapan Teori Pengkaedahan Melayu iaitu pendekatan moral bertujuan memantapkan analisis kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa teks kumpulan sajak Zurinah Hassan sememangnya mempunyai nilai medium mendidik yang jelas dan dapat memanipulasikan semula nilai mendium mendidik masyarakat. Kajian ini turut menyaksikan nilai medium mendidik masyarakat yang menonjolkan nilai kasih sayang, patriotik, ketakwaan, keinsafan, kebijaksanaan dan bertanggungjawab. Pengkaji meneliti nilai medium mendidik masyarakat ini melalui prinsip ketiga dibawah pendekatan moral iaitu mementingkan unsur didaktik. Kajian ini turut mengesan kepentingan genre sajak sebagai medium mendidik masyarakat. Nilai medium mendidik masyarakat yang terkandung sajak ini memberi tamparan hebat kepada kehidupan masyarakat apabila membaca kumpulan sajak Zurinah Hassan. Hasil dapatan kajian ini telah mendapati bahawa nilai-nilai yang terkandung dalam kumpulan teks sajak terpilih Zurinah Hassan ini telah mampu mendidik masyarakat dan juga telah dapat memberikan kepentingan nilai tersebut terhadap masyarakat.

Kata kunci: Sajak, Medium Mendidik Masyarakat, Pendekatan Moral.

Download File / URL

[thumbnail of NUR HANIS ATHIRAH BINTI ROSAZLAN C19A0521.pdf] Text
NUR HANIS ATHIRAH BINTI ROSAZLAN C19A0521.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 120
Supervisor: Dr. Afidatul Syazwani Binti Afandi
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13112
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2