Digital Special Collection Portal

Kajian Terhadap Kesenian Persembahan Gamelan di Terengganu.


Citation

Nur Atirah Syafiqah Hamizi (2023) Kajian Terhadap Kesenian Persembahan Gamelan di Terengganu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengenai kesenian persembahan gamelan yang terdapat di negeri Terengganu. Kajian ini dibuat berdasarkan teori-teori seni yang menekankan kepada indah (hiburan) dan bermakna (manfaat). Penelitian adalah tertumpu kepada fungsi persembahan gamelan pada masa dahulu dan kini yang mengalami perubahan yang mana dahulu dipentaskan di istana sahaja dan kini persembahan ini dibenarkan untuk membuat persembahan di luar kawasan istana. Persembahan gamelan juga dikatakan istimewa disebabkan alunan instrumen set gamelan yang dibawa dari Jawa masuk ke Tanah Melayu itu. Alat muzik dalam gamelan Melayu tersebut terdiri daripada lima alat idiofon dan satu alat membranofon. Dalam kesenian persembahan gamelan terdapat juha bahagian penting iaitu struktur penceritaan yang menarik disebalik gerak tari Joget Gamelan yang lemah gemalai seperti gerak tari penari melakonkan aksi sedang berhibur di taman dengan memetik bunga sebagainya. Kedua aspek instrumen dan tarian ini saling berkaitan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, sesebuah persembahan yang baik akan tercapai jika kedua aspek ini bergabung dengan jayanya. Hal ini dapat dibuktikan melalui rujukan dan kajian yang dilakukan.

Download File / URL

[thumbnail of Nur Atirah Syafiqah Hamizi.pdf] Text
Nur Atirah Syafiqah Hamizi.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 56
Supervisor: En. Shaipuddin Bin Muhammad
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13076
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2