Citation
Nur Atirah Syafiqah Hamizi (2023) Kajian Terhadap Kesenian Persembahan Gamelan di Terengganu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengenai kesenian persembahan gamelan yang terdapat di negeri Terengganu. Kajian ini dibuat berdasarkan teori-teori seni yang menekankan kepada indah (hiburan) dan bermakna (manfaat). Penelitian adalah tertumpu kepada fungsi persembahan gamelan pada masa dahulu dan kini yang mengalami perubahan yang mana dahulu dipentaskan di istana sahaja dan kini persembahan ini dibenarkan untuk membuat persembahan di luar kawasan istana. Persembahan gamelan juga dikatakan istimewa disebabkan alunan instrumen set gamelan yang dibawa dari Jawa masuk ke Tanah Melayu itu. Alat muzik dalam gamelan Melayu tersebut terdiri daripada lima alat idiofon dan satu alat membranofon. Dalam kesenian persembahan gamelan terdapat juha bahagian penting iaitu struktur penceritaan yang menarik disebalik gerak tari Joget Gamelan yang lemah gemalai seperti gerak tari penari melakonkan aksi sedang berhibur di taman dengan memetik bunga sebagainya. Kedua aspek instrumen dan tarian ini saling berkaitan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, sesebuah persembahan yang baik akan tercapai jika kedua aspek ini bergabung dengan jayanya. Hal ini dapat dibuktikan melalui rujukan dan kajian yang dilakukan. |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | Undergraduate Final Project Report |
---|---|
Collection Type: | Final Year Project |
Date: | 2023 |
Number of Pages: | 56 |
Supervisor: | En. Shaipuddin Bin Muhammad |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian |
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
Faculty/Centre/Office: | Faculty of Creative Technology and Heritage |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13076 |
Statistic Details: | View Download Statistic |