Kajian penyelidikan ini telah dihasilkan oleh pengkaji mengenai pengurusan koleksi warisan Bugis di Muzium Bugis, Pontian. Kajian penyelidikan ini telah menetapkan beberapa objektif kajian bagi mencapai hasil kajian penyelidikan berdasarkan maklumat dan data yang diterima. Kaedah pemerolehan data dan maklumat adalah melalui beberapa kaedah metodologi yang digunakan berdasarkan kesesuaian hasil capaian data dan maklumat. Tujuan menyediakan kajian penyelidikan yang berkaitan dengan tajuk kajian adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai Muzium Bugis yang dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pengurusan dan kaedah pameran di Muzium Bugis. Penelitian yang diberikan oleh pengkaji terhadap beberapa kaedah permuziuman yang digunapakai di Muzium Bugis akan memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai sistem pengurusan koleksi, kaedah pameran koleksi dan susun atur, kemudahan yang digunapakai di Muzium Bugis. Hasil capaian maklumat dan data yang dilakukan oleh pengkaji, penjelasan dan perincian yang telah dilakukan dalam kajian penyelidikan ini memberikan kefahaman terhadap sistem permuziuman yang digunakan di Muzium Bugis.