Digital Special Collection Portal

Nilai-nilai moral dalam cerita rakyat “Legenda Bukit Bagahak”menggunakan pendekatan moral


Citation

Azimah binti Abdul Aziz (2023) Nilai-nilai moral dalam cerita rakyat “Legenda Bukit Bagahak”menggunakan pendekatan moral. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini adalah untuk menganalsis nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita rakyat “Legenda Bukit Bagahak”. Cerita rakyat adalah cerita yang diwarisi secara turun-temurun kepada satu generasi ke generasi seterusnya. Selain itu, cerita rakyat dikatakan tidak mempunyai pengarang dan dimiliki oleh rakyat. Kajian ini juga ingin memperlihatkan bahawa negeri Sabah mempunyai pelbagai cerita rakyat kerana rakyatnya yang berbeza suku kaum dan etnik dan ingin memperkenalkan cerita rakyat terutamanya di negeri Sabah kerana masih belum banyak masyarakat yang mengetahui cerita rakyat yang terdapat di negeri tersebut kerana beberapa pengkaji lepas hanya memfokuskan kajian terhadap legenda Mat Salleh. Kajian ini dijalankan adalah untuk membincangkan nilai-nilai moral yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam “Legenda Bukit Bagahak”, seterusnya menganalisis nilai-nilai moral yang terdapat dalam “Legenda Bukit Bagahak” menggunakan pendekatan moral. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual, kepustakaan dan teori. Selanjutnya dapatan kajian menunjukkan nilai-nilai moral dalam cerita rakyat “Legenda Bukit Bagahak” dapat memperlihatkan watak-watak yang menggambarkan sifat yang berperilaku baik dalam kehidupan mereka dan dapat menjadi pengajaran kepada pendengar dan pembaca apabila membaca cerita rakyat “Legenda Bukit Bagahak”. Justeru itu, cerita rakyat “Legenda Bukit Bagahak” merupakan cerita rakyat yang bukan sahaja boleh dijadikan sebagai hiburan masyarakat terutamanya di negeri Sabah tetapi melalui cerita rakyat tersebut juga dapat mendidik masyarakat untuk menjadi lebih bermoral sekiranya diterapkan dari muda lagi.

Download File / URL

[thumbnail of AZIMAH BINTI ABDUL AZIZ.pdf] Text
AZIMAH BINTI ABDUL AZIZ.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 102
Supervisor: Dr. Nasirin bin Abdillah
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13061
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2