Novel merupakan karya sastera yang diciptakan hasil imaginasi dan penghayatan pengarang terhadap masyarakat. Kajian ini merupakan tentang gaya bahasa dan teknik penulisan dalam novel Magis karya Ramlee Awang Murshid. Ekoran daripada itu, pernyataan masalah membuktikan novel Magis karya Ramlee Awang Murshid jarang dijadikan satu kajian yang berbentuk ilmiah. Selain itu, penggunaan bahasa yang digunakan oleh Ramlee Awang Murshid terlalu berat bagi pelajar sekolah rendah dan menengah. Terdapat dua objektif di dalam kajian ini, yang pertama mengenalpasti penggunaan gaya bahasa yang terdapat dalam Novel Magis karya Ramlee Awang Murshid dan yang kedua menganalisis teknik penulisan pengarang Novel Magis karya Ramlee Awang. Selain itu, metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu memaparkan kaedah kepustakaan dan analisis tekstual. Dalam pada itu, pengkaji menggunakan teori Stilistik bagi memperkukuhkan lagi kajian ini. Hasil dapatan kajian yang diperolehi, terdapat banyak gaya bahasa dan teknik penulisan yang boleh ditemui dalam novel Magis (2013) karya Ramlee Awang Murshid.