Tapak arkeologi sungai batu adalah merupakan salah satu tapak warisan budaya yang telah dijumpai oleh para penyelidik. Aktiviti penyelidikan dilakukan bagi memastikan bahawa tapak tersebut benar-benar menjadi salah satu tapak bersejarah pada suatu masa dahulu. Dengan bantuan masyarakat tempatan dan juga cerita-cerita rakyat yang telah disampaikan oleh masyarakat sekitar dan memberikan sedikit maklumat kepada pihak penyelidik. Akan tetapi, tidak banyak masyarakat yang mengambil tahu tentang tapak arkeologi serta sejarah-sejarahnya. Pengetahuan dan pendapat mereka tentang kerelevanan kajian penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik bagi masyarakat tempatan masa kini. Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengetahuan masyarakat dan juga penerimaan mereka terhadap aktiviti arkeologi yang dijalankan. Serta, mengkaji kepentingan kajian arkeologi ini kepada masyarakat. Seterusnya, kaedah metodologi yang digunakan bagi melengkapkan kajian ini adalah kaedah pemerhatian, soal selidik dan juga temu bual. Ini adalah supaya, kajian yang dilakukan dengan lebih mudah.