Adab perkahwinan cina peranakan ini merupakan salah satu adab perkahwinan daripada masyarakat ‘baba nyonya’. Adab perkahwinan cina peranakan ini lebih kurang seperti perkahwinan masyarakat cina namun ia berbeza daripada segi adab dan upacara semasa perkahwinan dilaksanakan. Keistimewaan adab perkahwinan cina peranakan ini ialah daripada pakaian yang pengantin pakai dan pakaian yang akan dipakai oleh saudara mara semasa majlis perkahwinan diadakan. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengetahui mengenai adab perkahwinan masyarakat cina peranakan di kampung pulau duyong, Terengganu. Melalui kajian ini pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan data-data yang lebih terperinci bagi melengkapkan kajian. Hasil kajian ini pengkaji berjaya mengenal pasti mengenai adab perkahwinan cina peranakan di Kampung pulau duyong, Terengganu. Oleh itu, pengkaji berharap kajian ini dapat menjadi rujukan tentang kelestarian adab perkahwinan cina peranakan di Kampung pulau duyong, Terengganu untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lagi tentang adab perkahwinan cina peranakan di kampung pulau duyong, Terengganu.