Digital Special Collection Portal

Peranan Perak Man Dalam Industri Pelancongan Tapak Arkeologi Lembah Lenggong, Perak.


Citation

Muhammad Haikal Nor Azmi (2022) Peranan Perak Man Dalam Industri Pelancongan Tapak Arkeologi Lembah Lenggong, Perak. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Projek ini dilakukan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang nilai sejarah tulang Perak Man yang sangat bernilai dan boleh beri manfaat kepada mereka. Rangka Perak Man merupakan rangka yang sangat unik kerana boleh dikatakan rangka Perak Man merupakan rangka yang hampir sempurna. Masyarakat perlulah mengambil kesempatan terhadap keunikan rangka Perak Man ini untuk dijadikan kajian bagi mendapat ilmu yang sangat berguna. Di samping itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti sebesar mana peranan Perak Man dapat menyumbang kepada industri perlancongan di tapak arkeologi Lembah Lenggong. Objektif kajian ini juga adalah untuk melihat peranan Perak Man bagi peningkatan ekonomi di tapak arkeologi Lembah Lenggong. Selain itu, objektif kajian ini juga bertujuan untuk merungkai strategi promosi yang telah dilakukan oleh pihak tapak arkeologi Lembah Lenggong bagi menarik minat pengunjung hadir untuk melawat tapak arkeologi Lembah Lenggong. Akhir kalam, rangka Perak Man haruslah dijaga dengan baik dan rapi agar dapat terus memberi manfaat kepada generasi yang akan datang supaya mereka dapat melihat sendiri keunikan yang terdapat pada manusia purba dahulu.

Download File / URL

[thumbnail of Muhammad Haikal Bin Nor Azmi.pdf] Text
Muhammad Haikal Bin Nor Azmi.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 81
Supervisor: En. Gooi Liang Jun
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13010
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2