Digital Special Collection Portal

Analisis Unsur-Unsur Intrinsik Dalam Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.


Citation

Nur Arfadina Sukri (2023) Analisis Unsur-Unsur Intrinsik Dalam Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Novel merupakan salah sebuah karya sastera yang dihasilkan dengan menerapkan unsur-unsur intrinsik untuk membentuk satu rangka atau struktur sesebuah cerita di dalam karya. Berdasarkan analisis pengkaji terdapat beberapa unsur-unsur intrinsik yang perlu diambil kira dalam penghasilan sesebuah karya sastera seperti novel kerana ia akan mempengaruhi cerita yang ingin disampaikan oleh pembaca. Tujuan kajian ini dijalankan untuk melihat unsur-unsur intrinsik yang sering diketengahkan oleh pengarang atau pengkarya dalam penghasilan sesebuah karya sastera. Hal ini adalah kerana terdapat segelintir pengarang yang masih tidak lagi mengetahui dengan lebih mendalam untuk mengaplikasikan unsur-unsur intrinsik dalam kepengarangan yang hendak dihasilkan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti unsur-unsur intrinsik yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara serta menganalisis unsur-unsur intrinsik dalam novel Di Sebalik Dinara dengan mengaplikasikan teori Strukturalisme yang diperkenalkan oleh Claude Lei-Strauss. Seterusnya, kajian ini membataskan kepada satu teks novel sahaja iaitu novel Di Sebalik Dinara serta unsur-unsur intrinsik yang merangkumi tema, plot, watak dan perwatakan,
latar, gaya bahasa, sudut pandang dan amanat. Tambahan pula kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif untuk menganalisis segala maklumat yang diperolehi. Bagi mengukuhkan kajian ini, pengkaji telah mengaplikasikan teori Strukturalisme yang menitikberatkan beberapa perkara dalaman yang membentuk rangka atau struktur sesebuah teks. Dapatan kajian yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara sememangnya memberi kesan yang memberangsangkan untuk pengkaji menunjukkan kepentingan adanya unsur-unsur intrinsik dalam penghasilan sesebuah karya novel.

Download File / URL

[thumbnail of Nur Arfadina Bt Sukri.pdf] Text
Nur Arfadina Bt Sukri.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 110
Supervisor: En. Sudirman Bin Kiffli
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13004
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2