Kajian ini membincangkan tentang pengkisahan Puteri dalam Syair 7 Puteri: Tokoh inspirasi wanita Melayu. Kisah Puteri Saadong, Puteri Walinong Sari, Tun Fatimah, Darmatasi’ah, dan juga Raden Mas Ayu. Kisah wanita-wanita yang banyak memberi inspirasi kepada wanita kini yang mana kisah mereka juga merupakan tauladan dalam kepimpinan dan pemerintahan yang pernah mentadbir negeri mereka. Kisah lagenda mereka sering kali diceritakan oleh kebanyakkan masyarakat di negeri mereka oleh kerana ianya juga membawa banyak pengajaran dan tauladan bagi menjadikan kehidupan masyarakat wanita kini sentiasa terinspirasi. Untuk objektif kajian kali ini, terdiri dari dua objektif kajian iaitu mengkaji tentang pengkisahan dan latar belakang asal usul Puteri dalam Syair 7 Puteri dan objektif kedua pula, mengkaji ketauladanan Puteri yang mampu menjadi inspirasi pada masyarakat Melayu kini. Kajian ini juga telah difokuskan tentang bagaimana para tokoh wanita iaitu Puteri Saadong, Puteri Walinong Sari, Tun Fatimah, Raden Mas Ayu dan Darmatasi’ah yang memberi pelbagai aspek wanita yang mampu mengangkat darjat seorang wanita itu. Dalam pada itu, kajian ini juga telah menerapkan konsep teori feminisme yang mana teori ini berasaskan sebagai tonggak dalam melahirkan generasi keturunan yang bermutu. Hasilnya, teori feminisme ini dikesan dari kajian puteri-puteri dalam teks Syair 7 Puteri sebagai tokoh inspirasi.