Digital Special Collection Portal

Nilai estetika dalam pantun kanak-kanak Adik Sayang Pantun: penerapan puitika sastera melayu


Citation

Siti Nur Syakira binti Ab Aziz (2023) Nilai estetika dalam pantun kanak-kanak Adik Sayang Pantun: penerapan puitika sastera melayu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Pantun adalah salah satu jenis puisi lama. Pantun ini mempunyai empat baris sahaja satu rangkap di mana dua baris pertama adalah pembayang dan dua baris terakhir adalah maksud pantun tersebut. Kajian ini akan menumpukan kepada bahagian pantun kanak-kanak dalam aspek kajian nilai estetika di mana ada penerapan teori atau pendekatan Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh. Nilai estetika pula secara umumnya bermaksud keindahan dan imaginasi manusia dalam menafsirkan sesuatu perkara atau bidang tertentu. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri estetika yang ada dalam pantun kanak-kanak Adik Sayang Pantun dan menganalisis nilai estetika pantun kanak-kanak Adik Sayang Pantun melalui penerapan Teori Puitika Sastera Melayu. Batasan kajian ini dihadkan kepada kajian pantun kanak­kanak menerusi buku pantun Adik Sayang Pantun oleh Ismail Restu. Bagi menyempurnakan kajian ini metodologi yang digunakan ialah menggunakan reka bentuk kualitatif dengan kaedah kepustakaan, internet, pengaplikasian Teori Puitika Sastera Melayu dan sebagainya lagi.

Download File / URL

[thumbnail of SITI NUR SYAKIRA BINTI AB AZIZ.pdf] Text
SITI NUR SYAKIRA BINTI AB AZIZ.pdf

Download (26MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 76
Supervisor: Sudirman Bin Kiffli
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13000
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2