Pantun adalah salah satu jenis puisi lama. Pantun ini mempunyai empat baris sahaja satu rangkap di mana dua baris pertama adalah pembayang dan dua baris terakhir adalah maksud pantun tersebut. Kajian ini akan menumpukan kepada bahagian pantun kanak-kanak dalam aspek kajian nilai estetika di mana ada penerapan teori atau pendekatan Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh. Nilai estetika pula secara umumnya bermaksud keindahan dan imaginasi manusia dalam menafsirkan sesuatu perkara atau bidang tertentu. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri estetika yang ada dalam pantun kanak-kanak Adik Sayang Pantun dan menganalisis nilai estetika pantun kanak-kanak Adik Sayang Pantun melalui penerapan Teori Puitika Sastera Melayu. Batasan kajian ini dihadkan kepada kajian pantun kanakkanak menerusi buku pantun Adik Sayang Pantun oleh Ismail Restu. Bagi menyempurnakan kajian ini metodologi yang digunakan ialah menggunakan reka bentuk kualitatif dengan kaedah kepustakaan, internet, pengaplikasian Teori Puitika Sastera Melayu dan sebagainya lagi.