Digital Special Collection Portal

Impak pembangunan sektor pelancongan warisan terhadap komuniti di Kuala Krai, Kelantan


Citation

Siti Nur Amanie binti Mohd Noor (2023) Impak pembangunan sektor pelancongan warisan terhadap komuniti di Kuala Krai, Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini dibuat adalah untuk mengetahui impak pembangunan sektor pelancongan warisan terhadap komuniti di bagi ketiga – tiga tempat yang dipilih di sekitar daerah Kuala Krai, Kelantan iaitu Kampung Mambong, Jambatan Sultan Ismail dan juga Tangga Krai. Kajian ini dibuat beradarkan tempat – tempat yang mempunyai nilai warisan yang perlu dilindungi oleh masyarakat sekitar. Kampung Mambong mempunyai nilai sejarah apabila ianya merupakan sebuah tempat yang masih menghasilkan Tembikar Mambong yang pernah digunakan pada zaman pra sejarah. Seterusnya Jambatan Sultan Ismail juga mempunyai siratan sejarah yang hebat kerana ianya merupakan jambatan yang dibina oleh British bagi kegunaan tentera British dan penduduk kampung pada suatu masa dahulu. Tangga Krai merupakan tangga yang dibina semperna nama ketua daerah jajahan suatu ketika dahulu dan merupakan orang British yang pernah berkhidmat di Kuala Krai. Melihat siratan sejarah yang unik mempunyai Kuala Krai mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai sebuah kawasan pelancongan warisan yang perlu ditonjolkan kepada masyarakat luar. Bagi mendapatkan data maklumat yang diperlukan oleh pengkaji, tinjuan serta temubual telah dilakukan terhadap pihak yang terlibat untuk memastikan setiap maklumat yang diperolehi adalah maklumat yang sahih dan jelas.

Download File / URL

[thumbnail of SITI NUR AMANIE BINTI MOHD NOOR.pdf] Text
SITI NUR AMANIE BINTI MOHD NOOR.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 95
Supervisor: Farrah Atikah Binti Saari
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12996
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2