Kajian ini mengkaji tentang pelestarian bangunan warisan Sekolah Tinggi Muar terhadap komuniti setempat. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, temubual dan juga kaedah borang soal selidik yang diedarkan kepada komuniti setempat. Secara tidak langsung pengkaji telah mendapati tentang bangunan warisan tersebut sekiranya dikonservasi terutamanya dalam sektor perlancongan. Disamping itu, pengkaji dapat membantu dalam pengkajian mengenai kepentingan memelihara dan memulihara bangunan warisan terutamanya terhadap komuniti setempat. Terdapat tiga objektif kajian ini adalah untuk Mengenalpasti pihak bertanggungjawab dalam proses penyelenggaraan bangunan warisan Sekolah Tinggi Muar, Mengkaji proses penyelenggaran bangunan warisan Sekolah Tinggi Muar oleh pihak bertanggungjawab dalam mengekalkan status bangunan yang telah diwartakan dan Menganalisis cara terbaik dalam memastikan bangunan Sekolah Tinggi Muar dilestarikan pada masa hadapan.