Digital Special Collection Portal

Dokumentasi Senjata Tradisional Melayu Di Negeri-Negeri Pantai Timur


Citation

Muhammad Akmal Azaki (2023) Dokumentasi Senjata Tradisional Melayu Di Negeri-Negeri Pantai Timur. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Senjata tradisional Melayu merupakan salah satu warisan Melayu yang paling menonjol hasil daripada kemajuan teknologi terhebat dalam tamadun Melayu lama. Ia bukan hanya berfungsi sebagai senjata, ia juga melambangkan kedaulatan, maruah dan status sosial sekali gus menjadikannya antara harta yang paling diingini untuk dimiliki oleh orang Melayu. Sebagai contoh keris merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Ia juga merupakan simbolik bagi kebesaran pemimpin-pemimpin seperti raja dan sultan. Senjata juga bukan hanya untuk mempertahankan diri, namun dia juga sering digunakan dalam seni mempertahankan diri seperti silat. Namun, generasi kini tidak lagi tahu cara penghasilan senjata tradisional melayu dan mereka tidak didedahkan dengan cara pembuatannya. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti jenis-jenis senjata tradisional Melayu di Pantai Timur dan menganalisis ciri-ciri yang terdapat pada senjata tersebut. Kaedah untuk mendapatkan maklumat pula dilakukan dengan kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Akhir sekali, kajian ini amat penting bagi generasi akan datang bagi mengenal senjata tradisional dan kajian ini juga boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan maklumat dan bahan ilmiah bagi semua golongn masyarakat dan dapat mengetahui reka bentuk senjata tradisional Melayu dan juga ciri-ciri keistimewaan yang terdapat pada senjata tersebut. Kesimpulannya setiap senjata mempunyai reka bentuk dan ciri keistimewaan yang tersendiri sebagai contoh hulu keris mempunyai motif iaitu motif jawa demam.

Download File / URL

[thumbnail of MUHAMMAD AKMAL BIN AZAKI.pdf] Text
MUHAMMAD AKMAL BIN AZAKI.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 66
Supervisor: Ts. Dr Mokhtaruddin bin Musa
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12994
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2