Digital Special Collection Portal

Persembahan kompang di Ipoh Perak: satu analisis perubahan rentak dan teknik permainan


Citation

Siti Nooralia binti Zainal (2023) Persembahan kompang di Ipoh Perak: satu analisis perubahan rentak dan teknik permainan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Malaysia merupakan sebuah Negara yang kaya dengan aktiviti kesenian terutamanya persembahan tradisional melayu. Seni persembahan tradisional melayu masih banyak dimainkan dan tidak kurang juga yang hanyut ditelan arus pemodenan yang begitu pesat. Seni persembahan tradisioanal melayu ini haruslah dikekalkan agar generasi akan datang dapat mengenali dan menghargai seni persembahan yang terdapat di Negara kita. Seni persembahan kompang merupakan salah satu kesenian yang popular dan masih dimainkan dalam kalangan masyarakat kini. Di setiap negeri mempunyai teknik dan rentak permainan yang tersendiri. Kesenian ini sering dipersembahkan dalam bentuk kumpulan untuk menunjukkan kemantapan sesebuah pukulan itu. Kini kesenian ini mengalami perkembangan dari aspek teknik dan rentak pukulannya sehingga mewujudkan persepsi antara masyarakat mengenai jurang keaslian muzik kompang ini. Namun begitu, dalam aspek perubahan sudah tentunya berlaku penginovasian yang menarik dan ini akan menjadikan muzik kompang itu tidak bosan didengari dan kekal relevan sehingga kini. Oleh sebab itulah kajian ini dilakukan untuk melihat apakah perubahan yang berlaku dalam sesebuah persembahan kompang itu dan persepsi masyarakat terhadapnya.

Download File / URL

[thumbnail of SITI NOORALIA BT ZAINAL.pdf] Text
SITI NOORALIA BT ZAINAL.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 70
Supervisor: Prof Madya Dr Raja Iskandar bin Raja Halid
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12990
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2