Citation
Siti Nooralia binti Zainal (2023) Persembahan kompang di Ipoh Perak: satu analisis perubahan rentak dan teknik permainan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. |
Abstract
Malaysia merupakan sebuah Negara yang kaya dengan aktiviti kesenian terutamanya persembahan tradisional melayu. Seni persembahan tradisional melayu masih banyak dimainkan dan tidak kurang juga yang hanyut ditelan arus pemodenan yang begitu pesat. Seni persembahan tradisioanal melayu ini haruslah dikekalkan agar generasi akan datang dapat mengenali dan menghargai seni persembahan yang terdapat di Negara kita. Seni persembahan kompang merupakan salah satu kesenian yang popular dan masih dimainkan dalam kalangan masyarakat kini. Di setiap negeri mempunyai teknik dan rentak permainan yang tersendiri. Kesenian ini sering dipersembahkan dalam bentuk kumpulan untuk menunjukkan kemantapan sesebuah pukulan itu. Kini kesenian ini mengalami perkembangan dari aspek teknik dan rentak pukulannya sehingga mewujudkan persepsi antara masyarakat mengenai jurang keaslian muzik kompang ini. Namun begitu, dalam aspek perubahan sudah tentunya berlaku penginovasian yang menarik dan ini akan menjadikan muzik kompang itu tidak bosan didengari dan kekal relevan sehingga kini. Oleh sebab itulah kajian ini dilakukan untuk melihat apakah perubahan yang berlaku dalam sesebuah persembahan kompang itu dan persepsi masyarakat terhadapnya. |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | Undergraduate Final Project Report |
---|---|
Collection Type: | Final Year Project |
Date: | 2023 |
Number of Pages: | 70 |
Supervisor: | Prof Madya Dr Raja Iskandar bin Raja Halid |
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
Faculty/Centre/Office: | Faculty of Creative Technology and Heritage |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12990 |
Statistic Details: | View Download Statistic |