Digital Special Collection Portal

Kontradiksi Aspek Didaktik Dalam Puisi Terpilih Usman Awang: Kajian Daripada Teori Semiotik


Citation

Mohammad Shahmin Mejah (2023) Kontradiksi Aspek Didaktik Dalam Puisi Terpilih Usman Awang: Kajian Daripada Teori Semiotik. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini menumpukan kepada kontradiksi aspek didaktik dalam puisi terpilih Usman Awang iaitu puisi Ke Makam Bonda dan Jiwa Hamba dengan menggunakan teori semiotik. Menurut Aart Van Zoest (2003) semiotik merupakan pembelajaran tentang tanda dan segala yang berhubungan dengannya seperti cara berfungsi, hubungan dengan tanda-tanda yang lain, penghantar dan penerimaan oleh mereka yang mempergunakannya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan pembacaan analisis menerusi teks puisi yang telah terpilih. Terdapat tiga objektif yang akan dikaji pengkaji iaitu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti unsur kontradiksi berdasarkan aspek didaktik yang terdapat pada puisi Ke Makam Bonda dan Jiwa Hamba, menganalisis bentuk pemikiran yang boleh didapati berdasarkan teori semiotik dalam puisi Ke Makam Bonda dan Jiwa Hamba dan membincangkan kesan yang dipeolehi daripada puisi Usman Awang dalam membentuk pola pemikiran masyarakat. Berdasarkan analisis yang telah diperolehi, jelas menunjukkan bahawa teori semiotik sesuai diterapkan dalam mengkaji kontradiksi aspek didaktik melalui puisi terpilih Usman Awang kerana ianya mempunyai penuh makna yang tersurat dan tersirat dalam memberikan pengajaran kepada masyarakat.

Download File / URL

[thumbnail of MOHAMMAD SHAHMIN BIN MEJAH.pdf] Text
MOHAMMAD SHAHMIN BIN MEJAH.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 110
Supervisor: Dr. Afidatul Syazwani Binti Afandi
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12988
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2