Digital Special Collection Portal

Persepsi pengunjung terhadap pameran koleksi di Muzium Perang Bank Kerapu Kota Bharu, Kelantan


Citation

Siti Hajar binti Mohamad Fuzi (2023) Persepsi pengunjung terhadap pameran koleksi di Muzium Perang Bank Kerapu Kota Bharu, Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Muzium merupakan sebuah institusi yang mempamerkan koleksi artifak yang terdiri daripada manusia, flora, fauna dan juga alam. Tujuan mempamerkan bahan koleksi di muzium adalah untuk mendidik dan meluaskan pengetahuan am pengunjung. Walau bagaimanapun, sesetengah individu tidak berminat dengan muzium kerana mereka percaya muzium adalah tempat yang membosankan, sunyi dan suram. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pengunjung terhadap pameran koleksi Muzium Bank Kerapu di Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini terdiri daripada tiga objektif: mengenal pasti bahan koleksi yang dipamerkan di Muzium Bank Kerapu, mengkaji persepsi pengunjung terhadap bahan koleksi yang dipamerkan di Muzium Bank Kerapu, dan menganalisis peranan muzium dalam meningkatkan koleksi pameran dalam Muzium Bank Kerapu. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran melalui temu bual, pemerhatian dan tinjauan. Kajian ini telah menemu bual seramai tiga orang responden, dan 141 orang responden menjawab borang soal selidik. Akhir sekali, kajian ini telah berjaya mengeluarkan beberapa tema antaranya persepsi pengunjung terhadap Muzium Bank Kerapu, bahan koleksi yang dipamerkan di Muzium Bank Kerapu, aktiviti muzium dalam menarik pengunjung, cabaran yang dihadapi oleh Muzium Bank Kerapu, penambahbaikan koleksi pameran melalui proses pemeliharaan dan pemuliharaan, serta perancangan muzium pada masa hadapan. Oleh itu, kajian ini penting untuk dijadikan sebagai sumber rujukan saintifik bagi penyelidik, muzium dan pihak berkepentingan Muzium Bank Kerapu berhubung dengan persepsi pengunjung, koleksi dan pameran muzium.

Download File / URL

[thumbnail of SITI HAJAR BINTI MOHAMAD FUZI.pdf] Text
SITI HAJAR BINTI MOHAMAD FUZI.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 85
Supervisor: Dr. Ainul Wahida binti Radzuan
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12985
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2