Kajian ini membincangkan tentang penggunaan alat muzik gendang dalam persembahan silat yang menjadi satu peranan penting dalam persembahan. Dalam kajian ini, antara aspek yang akan diteliti lebih lanjut adalah cara pembuatan alat muzik gendang yang kini semakin lapuk namun masih lagi kekal di masyarakat Kg Banggol. Proses pembuatan gendang secara kampung lebih teliti serta lebih menarik minat kerana dibuat secara manual serta bahan yang digunakan lebih kepada kekampungan. Selain itu, ia turut memfokuskan jenis paluan rentak gendang yang dialunkan dalam persembahan silat. Seperti sedia maklum, setiap dengungan dum gendang terdapat pelbagai rentak dan ianya berbeza apabila dialunkan bersama serunai, gong serta persembahan silat. Persembahan silat pula bukan sekadar persembahan biasa, ianya mempunyai pelbagai jenis silat dan juga buah yang dimainkan. Setiap gerak geri pesilat akan disamakan dengan gendangan gendang. Oleh itu, fungsi gendang dalam persembahan silat amatlah penting dan sangat digalakkan untuk mengekalkan dan mengkormersialkan lagi alat muzik gendang ini ke serata dunia.