Digital Special Collection Portal

Keberkesanan Sistem Interpretasi Warisan Kepada Pelawat Di Rumah Warisan Haji Su


Citation

Nuraisyah Nadhirah Mohd Rosdi (2023) Keberkesanan Sistem Interpretasi Warisan Kepada Pelawat Di Rumah Warisan Haji Su. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Bangunan warisan merupakan tinggalan yang amat penting untuk dijaga dan dipulihara. Oleh itu, kajian ini telah dibuat bagi mengenalpasti keberkesanan sistem interpretasi warisan kepada pelawat di rumah warisan Haji Su. Berdasarkan tajuk kajian tersebut, 3 objektif telah dibuat iaitu mengenalpasti nilai kepentingan warisan yang terdapat pada Rumah Warisan Haji Su, mengenalpasti kaedah interpretasi warisan yang dilakukan dan menghuraikan keberkesanan sistem interpretasi warisan yang digunakan oleh Rumah Warisan Haji Su kepada pelawat. Kaedah yang digunakan untuk menyiapkan projek penyelidikan ini adalah melalui soal selidik dan telah diedarkan kepada 186 orang responden. Pengkaji juga melakukan kaedah lain seperti temubual, pemerhatian, dan kajian lepas. Dapatan kajian mendapati rumah warisan haji Su mempunyai banyak nilai kepentingan warisan yang perlu dijaga dan dipulihara. Antaranya nilai estetik dan senibina, nilai sejarah, nilai budaya dan nilai kepentingan dalam mempamerkan kekayaan, kepelbagaian atau integrasi yang luar biasa. Selain itu, bagi dapatan kajian mengenai sistem interpretasi yang digunakan, pengkaji telah mengenalpasti bahawa terdapat dua sistem interpretasi iaitu sistem personal dan non-personal. Sistem personal ialah komunikasi dua hala yang melibatkan interaksi antara pelawat dan jurupandu atau intepreter yang akan membantu semasa proses lawatan dan menerangkan sejarah, kepentingan dan keistimewaan sesuatu tapak warisan tersebut. Manakala sistem non-personal ialah komunikasi satu hala yang melibatkan pelawat dengan bahan bercetak atau bertulis seperti galeri pameran, papan tanda maklumat, tag maklumat dan sebagainya. Hasil soal selidik mendapati tahap keberkesanan sistem intepretasi yang digunakan oleh Rumah Warisan Haji Su adalah diperingkat yang sederhana. Justeru itu, pengkaji mencadangkan agar sistem interpretasi warisan rumah tersebut ditambah baik seperti menambah bilangan pegawai penerang, memperbanyakkan teks tulisan dan sebagainya. Mereka juga boleh mewujudkan sistem interpretasi yang interaktif seperti audio-visual, sound effect, tayangan video dan sebagainya.

Kata kunci : Haji Su, Interpretasi, personal, non-personal

Download File / URL

[thumbnail of KEBERKESANAN SISTEM INTERPRETASI WARISAN KEPADA PELAWAT DI RUMAH WARISAN HAJI SU - C19A0599.pdf] Text
KEBERKESANAN SISTEM INTERPRETASI WARISAN KEPADA PELAWAT DI RUMAH WARISAN HAJI SU - C19A0599.pdf

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 88
Supervisor: Sahrudin Bin Mohamed Som
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12969
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2