Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai ‘Keberkesanan Pungurusan Pemuliharaan Penjara Lama Jugra di Kuala Langat, Selangor’. Pengkaji memilih kajian ini kerana ingin mengetahui keberkesanan pemuliharaan yang dijalankan ke atas Penjara Lama Jugra yang menggunakan pendekatan Penyesuaian Semula’ (Adaptive-Reuse). Kajian ini juga dijalankan untuk mencapai objektif yang ditetapkan iaitu untuk mengkaji nilai kepentingan warisan yang terdapat pada Penjara Lama Jugra. Seterusnya adalah untuk mengenalpasti pendekatan yang digunakan dalam pemuliharaan Penjara Lama Jugra. Obejektif ketiga pula adalah untuk mengetahui tahap keberkesanan pemuliharaan Penjara Lama Jugra terhadap orang awam. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif bagi mengumpul serta mendapatkan segala maklumat. Kaedah yang digunakan adalah seperti kaedah temu bual, kaedah pemerhatian dan juga kaedah secara tinjauan menggunakan borang soal selidik. Hasil daripada kajian mendapati bahawa pemuliharaan yang dijalankan ke atas Penjara Lama Jugra dapat memberi manfaat
yang baik terhadap orang awam. Kata kunci: pemulihraan, Penjara Lama Jugra, penyesuaian semula, nilai, warisan.