Kajian ini menumpukan kepada faktor kekerapan pengunjung ke Muzium Negeri Terengganu. Kajian ini memfokuskan latar belakang pelawat, kategori pelawat dan faktor kekerapan pengunjung yang berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu. Objektif utama kajian ini adalah menganalisis faktor kekerapan pengunjung yang berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu. Kajian ini perlu kerana dapat memberi pendedahan pengetahuan kepada masyarakat dan muzium. Hal ini juga dapat melihat cara pihak muzium mempromosikan kepada masyarakat dari pelbagai negeri. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang bersumberkan sumber primer. Daripada kajian yang telah dilakukan mendapati kategori pelawat yang paling tinggi adalah peneroka. Daripada kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa faktor kekerapan lawatan ke Muzium Negeri Terengganu adalah bahagian pameran yang menarik terutamanya di bahagian Galeri Sejarah dan kebanyakkan pelawat berpuas hati dengan pameran yang dipamerkan oleh pihak muzium. Oleh itu, kaedah-kaedah ini membuktikan Muzium Negeri Terengganu mempunyaitarikkan sendiri untuk menarik pengunjung ke Muzium Negeri Terengganu.