Digital Special Collection Portal

Penambahbaikan kaedah penyimpanan artifak organik di Muzium Negeri Terengganu


Citation

Aiman Aizuddin Bin Ahmad Murad (2023) Penambahbaikan kaedah penyimpanan artifak organik di Muzium Negeri Terengganu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Muzium adalah tempat untuk sesuatu artifak dipamerkan bagi tujuan pendidikan kepada masyarakat. Terdapat pelbagai koleksi muzium iaitu berasaskan bahan organik dan bukan organik. Bahan organik adalah terdiri daripada rotan, kayu, bulu dan kulit. Oleh itu, dalam kajian ini membincangkan mengenai kaedah tempat penyimpanan yang difokuskan pada artifak bahan organik seperti tekstil, manuskrip dan sebagainya. Reka bentuk kajian ini dilakukan dengan kaedah kualitatif iaitu menemubual informan Pegawai Muzium Negeri Terengganu serta pemerhatian dilakukan di lokasi kajian tempat penyimpanan Muzium Negeri Terengganu. Selain itu, terdapat penambahbaikan kaedah penyimpanan artifak organik yang telah pengkaji menggunakan aplikasi sketchup bagi reka bentuk penyimpanan tersebut. Kajian ini juga bukan sahaja ingin merungkai kaedah penyimpanan artifak organik, bahkan ingin meningkatkan kesedaran penjagaan artifak mengikut panduan konservasi yang betul. Oleh itu, kajian ini sangat penting supaya generasi yang akan datang dapat memahami betapa pentingnya tempat penyimpanan artifak ini dengan pengawalan kaedah konservasi. Justeru, tempat penyimpanan artifak organik ini berupaya menjadi tempat penyimpanan yang selamat supaya dapat memanjangkan jangka hayat sesebuah artifak.

Download File / URL

[thumbnail of AIMAN AIZUDDIN BIN AHMAD MURAD.pdf] Text
AIMAN AIZUDDIN BIN AHMAD MURAD.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 53
Supervisor: Ts Dr. Mukhtaruddin Bin Musa
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12948
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2