Digital Special Collection Portal

Suai guna semula ke atas nilai warisan: kajian kes rumah agam Cheong Fatt Tze


Citation

Mohd Hanif Bin Muhd Nasir (2023) Suai guna semula ke atas nilai warisan: kajian kes rumah agam Cheong Fatt Tze. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai “Suai Guna Semula Bangunan Rumah Agam Cheong Fatt Tze”. Rumah Agam Cheong Fatt Tze merupakan salah sebuah bangunan bersejarah di Pulau Pinang yang terletak di bandar Georgetown. Warisan budaya ketara seperti bangunan bersejarah ini perlu dipelihara kerana pada bangunan tersebut adanya nilai serta kepentingan sejarah dan warisan yang dapat menjana ekonomi setempat dan negara. Nilai warisan senibina sesebuah bangunan juga perlu memiliki ciri-ciri seperti tarikan rekabentuk senibina, teknologi dan teknik pembinaan yang unik dan cantik, seni pertukangan halus dan padat dengan falsafah yang ada pada bangunan bersejarah. kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat tentang kepentingan sejarah Rumah Agam Cheong Fatt Tze yang mana ianya merupakan salah satu sebuah bangunan bersejarah yang telah diubahsuai guna semula fungsinya oleh pihak bertanggungjawab. kajian ini juga bertujuan untuk melihat apakah kepentingan budaya yang terdapat pada Rumah Agam Cheong Fatt Tze di Pulau Pinang. Penyelidikan ini dijalankan atas objektif kajian iaitu meninjau tahap kesedaran masyarakat tentang pendekatan suai guna semula dalam pemuliharaan bangunan warisan, menganalisis persepsi masyarakat setempat terhadap nilai warisan yang terdapat pada Rumah Agam Cheong Fatt Tze dan mengenalpasti keberkesanan pendekatan suai guna semula terhadap Rumah Agam Cheong Fatt Tze dari perspektif masyarakat setempat. Kajian ini dilengkapkan dengan hasil dapatan melalui soal selidik, kajian ilmiah dan fotografi. Penyusuaian guna semula terhadap bangunan Rumah Agam Cheong Fatt Tze, Pulau Pinang ini merupakan satu kajian yang mampu memberikan satu impak untuk memperluaskan mahupun mempergiatkan lagi aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan terhadap bangunan-bangunan lama.

Download File / URL

[thumbnail of MOHD HANIF BIN MUHD NASIR.pdf] Text
MOHD HANIF BIN MUHD NASIR.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2023
Number of Pages: 68
Supervisor: En. Sahrudin bin Som
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12905
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2