Citation
Na, Hui Imm (2021) Penggunaan aplikasi mudah alih dalam tugasan penulisan skrip bahasa Mandarin bagi pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted) |
Abstract
Pencapaian pelajar dalam pembelajaran bahasa asing di IPT Malaysia semakin diberi perhatian khususnya bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga. Terdapat kajian lepas yang mengkaji keberkesanan pembelajaran mudah alih dari segi aspek kemahiran membaca dan mendengar tetapi jarang yang memfokuskan aspek penulisan bahasa. Penelitian kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan aplikasi mudah alih berasaskan terjemahan bahasa terhadap prestasi pencapaian dan efikasi kendiri pelajar dalam penulisan skrip bahasa Mandarin. Jenis penelitian ini menggunakan kajian kuasi eksperimen bentuk kuantitatif. Subjek dalam kajian ini ialah pelajar-pelajar yang mengambil subjek Bahasa Mandarin di kampus cawangan UiTM Kelantan. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara prestasi pencapaian pelajar kumpulan eksperimen dengan kawalan selepas ujian pra-pos iaitu nilai sig. (2 hala) P=0.000<0.05. Tiada perbezaan signifikan terhadap hubungan efikasi kendiri kedua-dua kumpulan pelajar tetapi peningkatan dimensi tingkat dan kekuatan skor min efikasi kendiri pelajar kumpulan eksperimen berada pada nilai sig. (2-hala) P=0.000<0.05 jelas lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan kecuali nilai generalisasi berada pada tahap yang sama. Kajian selanjutnya boleh dijalankan dengan memilih aplikasi mudah alih yang sesuai dengan skop pembelajaran bahasa untuk pelajar tempatan megikut kesesuaian di IPT Malaysia. |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | UMK Etheses |
---|---|
Collection Type: | Thesis |
Date: | 2021 |
Subject Heading: | Language and languages - Computer-assisted instruction |
Subject Heading: | Scripted reading |
Subject Heading: | Chinese language |
Subject Heading: | Universities and colleges - Administration - Addresses, essays, lectures |
Number of Pages: | 132 |
Call Number: | P53.28 .N3 2021 tes |
Supervisor: | Prof. Madya Dr. Ng Siew Foen |
Programme: | Sarjana Sastera |
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
Faculty/Centre/Office: | Faculty of Language Studies and Human Development |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/11902 |
Statistic Details: | View Download Statistic |