Digital Special Collection Portal

Masjid Muhammadi


Citation

Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan (2019) Masjid Muhammadi. [Image]

Abstract

Masjid Muhammadi terletak di antara Jalan Sultan dan Jalan Sultanah Zainab di tengah-tengah bandar Kota Bharu serta merupakan antara mercu tanda bandar Kota Bharu yang paling tersohor. Selain itu, Masjid Muhammadi juga terkenal sebagai pusat penyebaran ilmu di negeri Kelantan. Ramai tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang terkenal pernah mengajar di masjid ini termasuklah Tok Kenali, tokoh ulama' yang paling dikenali di Kelantan. Masjid ini asalnya dibina sepenuhnya dari kayu yang terpilih, pada tahun 1867 pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1830-1886). Masjid ini kekal dalam bentuk asalnya sehingga pengubahsuaian kepada bangunan konkrit bermula pada tahun 1922. Pada 31 Julai 1931, pembinaannya telah siap dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Almarhum Sultan Ismail, sebagai masjid baru. Pengubahsuaian kepada bangunan masjid berterusan dengan beberapa struktur tambahan dilakukan antara tahun 1959, 1968, 1976 dan 1987, yang menyaksikan struktur asal dari kayu terus lenyap dari tapak masjid ini. Walaupun banyak perubahan dilakukan, struktur yang mula ditambah pada 1920~30an kekal sehingga kini dengan bentuk era kolonial, berkonsepkan senibina sebelum Perang Dunia ke-2. Pada masa kini, keluasan keseluruhan bangunan masjid adalah 10,600 kaki persegi dan boleh menampung sehingga 3000 jemaah pada satu-satu masa. Ia bertaraf Masjid Negeri iaitu masjid paling utama di negeri Kelantan dan berada di bawah pentadbiran langsung Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Masjid Muhammadi kekal menjadi tumpuan ramai sehingga kini khususnya pada setiap Jumaat dan pada bulan Ramadhan, serta turut menjadi tempat berlangsungnya pelbagai acara rasmi kerajaan negeri.

Download File / URL

[thumbnail of WhatsApp Image 2022-12-07 at 10.56.54 AM (1).jpeg]
Preview
Image
WhatsApp Image 2022-12-07 at 10.56.54 AM (1).jpeg

Download (151kB) | Preview
[thumbnail of IMG_3838.JPG]
Preview
Image
IMG_3838.JPG

Download (4MB) | Preview
[thumbnail of IMG_3961.JPG]
Preview
Image
IMG_3961.JPG

Download (11MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Kelantan
Date: 2019
Subject Heading: Historic Sites - Kelantan
Subject Heading: Kelantan - Description and travel
Faculty/Centre/Office: The Office of Library and Knowledge Management
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/11040
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2