Pengkajian adalah mengenai seni persembahan yang terkenal di Asia Tenggara. Bentuk seni persembahan yang ada adalah tidak hanya terikat dengan seni tari, muzik dan wayangnya sahaja, tetapi meliputi seni persembahan yang lebih luas lagi. Persembahan sebahagian besarnya bertujuan memberi tanda hormat dan berterima kasih terutamanya kepada golongan-golongan yang lebih tinggi darjatnya daripada orang kebanyakan terhadap golongan pemerintah, pencipta mereka dan kuasa-kuasa ghaib yang berada di persekitaran mereka yang memberikan satu kesempurnaan dalam hidup mereka.
Tenggara merupakan satu rantau yang kaya dengan berbagai-bagai bentuk seni persembahan. Asia Tenggara juga dikatakan mempunyai satu kebudayaan yang bertamadun tinggi.