Digital Special Collection Portal

Kajian Seni Berbari di Terengganu dan Kelantan.


Citation

Mardiana Binti Ismail (2014) Kajian Seni Berbari di Terengganu dan Kelantan. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris. (Submitted)

Abstract

Seni Berbari merupakan seni persembahan teater tradisional berbentuk tradisi lisan.
Objektif kajian ini adalah untuk memperkenalkan elemen-elemen yang membentuk Seni Berbari
seperti ruang dan masa persembahan, koleksi cerita, tema penceritaan, plot dan aksi, watak, penggunaan bahasa, kehadiran melodi,bunyi dan juga muziknya. Selain itu juga memperkenalkan aspek-aspek kekaguman yang terkandung di dalam Seni Berbari seperti Tok Bari yang dilabel sebagai personaliti istimewa, penggunaan mantera yang berkaitan dengan unsur-unsur shaman dan shamanisme, kostum, set dan propjuga di bincangkan dalam kajian ini. Kesemua elemen-elemen ini di kupas menggunakan pendekatan Teori Dramatik dan pendekatan Teori Ritual. Hasilnya kajian ini berjaya mendedahkan struktur dan fungsi Seni Berbari sebagai
satu persembahan tradisional yang berbentuk tradisi lisan. Melalui pendedahan mengenai struktur dan fungsi ini, pengkaji berhasrat memperlihatkan perspektif lain Seni Berbari melalui
pentafsiran elemen-elemen kekaguman. Elemen-elemen kekaguman yang terkandung di dalam
Seni Berbari ini menjadikan ia sebagai sebuah kesenian tradisional yang istimewa dan unik. Malah keistimewaan Seni Berbari ini dapat di lihat pada komponen-komponen "aspek ritual" yang turut ada dalam stuktur pengajian dan persembahannya. Keunikkannya pula terbukti dengan fungsi dan juga tujuan ia di persembahkan kerana (i) ada ketikanya Seni Berbari ini boleh di lakukan atau di persembahkan secara berasingan tanpa melibatkan apa-apa persembahan
sampingan, (ii) ada ketikanya kesenian ini boleh di lakukan atau di persembahkan bersama acara aktivitilpersembahan yang mempunyai kaitan dengan perubatan tradisional seperti Main Teri, Bageh, Muk Peh dan sebagainya dan (iii) iajuga boleh menjadi satu aktiviti peralihan atau
penurunan ilmu daripada Adi Guru (Dalang Tua) terhadap muridnya (Dalang Muda) atau menjadi satu latihan bagi pemain-pemain teater Tradisional seperti Mak Yong atau Menora untuk berlatih memahami penceritaan. Jelas di sini Seni Berbari ini merupakan satu kesenian yang penting dalam perkembangan budaya masyarakat pantai timur. Kajian ini merupakan satu
kajian lapangan di Kampung Gong Manok, Besut, Terengganu dan di Kampung La Loh, Kuala Krai, Kelantan. Seni Berbari ini menjadi satu kesenian yang penting dalam perkembangan budaya masyarakat pantai timur terutamanya dalam bidang kesenian, kerana setelah meneliti keseluruhan aktiviti dan kegiatan Seni Berbari maka jelas di dapati kesenian ini menjadi "asas"
terhadap penguasaan setiap aktiviti, upacara atau persembahan Main Teri, Bageh, Mak Yong, Menora dan juga Wayang Kulit.

Download File / URL

[thumbnail of KAJIAN SENI BERBARI DI TERENGGANU DAN KELANTAN..pdf] Text
KAJIAN SENI BERBARI DI TERENGGANU DAN KELANTAN..pdf

Download (922kB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Kelantan
Date: March 2014
Programme: Ijazah Sarjana Sastera
Institution: Universiti Pendidikan Sultan Idris
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10999
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2