Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan lahir pada 1 Mei 1954. Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh dibesarkan dalam sebuah keluarga yang ramai, iaitu 10 orang adik-beradik. Pernah bekerja di Petronas sebagai eksekutif pemasaran di bahagian pemasaran antarabangsa. Menyertai HICOM sebagai Penolong Pengurus Projek. Pada tahun 1990 dilantik sebagai Pengarah atau Ketua Pengurus Besar EON. Pencapaian beliau semasa dalam EON adalah mencapai keuntungan EON sebelum cukai pada tahun itu meningkat daripada RM38 juta ke RM120.6 juta. Kini Nadzmi kini merupakan Pengarah Urusan di NADICORP Holdings Sdn Bhd. juga salah seorang wakil industri dalam Lembaga Senat Universiti Malaysia Kelantan.